.

Serba sedikit update ttg kes Saiful-Bang Anwar

Posted by Pemuda Balik Pulau On February - 1 - 2010ADD COMMENTS

Kes liwat Anwar Selasa ini : Jangan nafi hak saya, kata Saiful

Jika tiada aral melintang dan tiada sorong papan tarik papan , Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berdepan sesi perbicaraan pertuduhan liwatnya di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur pagi Selasa ini.

Read the rest of this entry »

Popularity: 3% [?]

Cerita Budak Tadika Ttg Pemerintah Negeri Kita…

Posted by Pemuda Balik Pulau On February - 1 - 2010ADD COMMENTS

Anwar pertahan Guan Eng…Zahrain tidak berganjak

Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil mempertahankan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang dilabel sebagai diktator ,cauvinis dan berfikiran komunis oleh Ahli Parlimen PKR Datuk Seri Zaharin Hashim hingga mencetuskan krisis baru dalam pakatan pembangkang.
Read the rest of this entry »

Popularity: 3% [?]

Liku-liku pakatan yang makin rapuh…

Posted by Pemuda Balik Pulau On February - 1 - 2010ADD COMMENTS

Liku-liku pakatan yang makin rapuh…

Oleh: BADRUL HISHAM ABDUL AZIZ

Perkembangan di tiga buah negeri yang diterajui tiga buah parti berlainan ideoloji perjuangan dan isu-isu yang meletup di sana sini muktahir ini makin mencuri perhatian.

Kemenangan besar pilihanraya Mac 2008 kini digerhanakan dengan segala macam kekalutan hingga dikatakan membuatkan ramai kalangan penyokong setiap PKR,PAS dan DAP yang dulunya bersemangat kini diselubungi keresahan.
Read the rest of this entry »

Popularity: 4% [?]

Guan Eng seorang diktator – Zahrain

Posted by Suker1 On January - 30 - 2010Comments Off

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 29 Jan. – Krisis pakatan pembangkang semakin serius dan merebak ke Pulau Pinang apabila Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd. Hashim secara keras menyerang Ketua Menterinya, Lim Guan Eng.

Menggambarkan Guan Eng sebagai ‘diktator, cauvinis dan berfikiran komunis’ Zahrain yang juga bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang berkata, pakatan pembangkang perlu menghentikan sebarang tolak ansur dengan pemimpin itu setelah dia gagal menunaikan janji-janji pilihan raya umum lalu.

Read the rest of this entry »

Popularity: 4% [?]

Pemuda Umno P.Pinang Desak Lim Letak Jawatan

Posted by Suker1 On November - 11 - 2009Comments Off

BALIK PULAU, 11 Nov (Bernama) — Pemuda Umno Pulau Pinang mendesak supaya Ketua Menteri Lim Guan Eng meletak jawatan kerana bersikap “cakap tidak serupa bikin”.

Bendaharinya Aziaan Ariffin berkata Lim juga perlu mengakui pembohongannya berhubung syarat pegangan tanah yang dibangkitkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ogos lepas.

“Sebagai pemimpin kerajaan negeri yang mencontohi pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz serta mengamalkan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), Lim tidak boleh berbohong dan dia perlu mengakui perbuatannya berhubung syarat pegangan tanah berkenaan.

“Kami (Pemuda Umno) hilang kepercayaan kepada beliau, justeru mendesak Lim untuk meletak jawatan kerana tidak layak menerajui negeri ini,” katanya pada sidang akhbar di sini Rabu.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada 1 Nov lepas memetik Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pulau Betong, Muhammad Farid Saad, sebagai berkata bahawa Lim tidak bercakap benar dengan menyatakan bahawa tiada pertukaran syarat guna tanah berlaku di Pulau Pinang antara April tahun lalu dan Jun tahun ini, sedangkan ada laporan menyebut bahawa kerajaan negeri telah meluluskan permohonan menukar jenis pegangan daripada pajakan kepada kekal bagi sebidang tanah di Georgetown.

Akhbar itu juga melaporkan bahawa sebuah syarikat akan membina kondominium mewah dan restoran makanan laut di tanah berkenaan.

“Apakah motif beliau menyembunyikan kelulusan itu daripada rakyat?” kata Aziaan.

Mengikut dasar baru pentadbiran tanah di Pulau Pinang, hanya tanah kediaman saja boleh ditukar hak pegangan daripada pajakan kepada pegangan kekal. – BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=454352

Popularity: 19% [?]

Konsep Pendidikan Islam

Posted by Biropendidikan On October - 21 - 2009Comments Off

KONSEP pendidikan Islam seperti yang pernah dihayati oleh masyarakat Islam pada zaman kegemilangannya telah dibincang dan dibicarakan dengan mantap oleh para sarjana Islam yang menghadiri Kongres Pendidikan Islam Sedunia yang diadakan di Mekah pada tahun 1977.

Dalam kongres itu telah dibicarakan tentang isu-isu pendidikan Islam bermula dari konsepnya secara menyeluruh, membawa kepada penghasilan buku-buku teks yang baru berasaskan kepada kurikulum bersepadu, dan latihan tenaga pengajar yang benar-benar memahami konsep pendidikan Islam secara sepadu dan memahami psikologi pendidikan terkini.

Read the rest of this entry »

Popularity: 39% [?]

aidilfitriPergerakan Pemuda UMNO Balik Pulau mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir dan Batin..

Popularity: 39% [?]

Sudahkah kita cukup patriotik dan nasionalis?

Posted by pakdin On September - 2 - 2009Comments Off

USIA 52 tahun bagi seorang kakitangan awam, adalah petunjuk bahawa usia persaraan kian hampir tiba. Namun bagi sebuah negara bangsa seperti Malaysia, 52 tahun usia merdeka, adalah petunjuk bahawa masih banyak usaha perlu dilestarikan.

Negara sebagai sebuah entiti berdaulat tidak boleh bersara daripada melaksanakan tiga fungsi asasinya. Pertama melindungi keselamatan wilayah dan rakyatnya.

Read the rest of this entry »

Popularity: 39% [?]

VIDEO

TAG CLOUD

PAUTAN

About Me

Laman web rasmi Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau ini adalah salah satu inisiatif yang telah di cetuskan oleh Tuan Ketua Pemuda dalam usaha untuk memantapkan lagi agenda perjuangan selaras dengan perkembangan teknologi semasa.

Twitter

    Photos

    Krisiswedding of the year - Nazila & Syamilwedding of the year - Nazila & SyamilWan MesiaPameran Dinasour @ Yayasan Pahangahmad maslanKJ414KJ415